UtamaBilik PenginapanPenempahan Bilik
 

Galeri FotoArah Ke SiniHubungi Kami

English

Türkçe

Fransızçais

日本語

Malay
Bilik Penginapan
Perkhidmatan & Aktiviti
Arah Ke Sini
 
Rose Valley House
Rose Valley House

Rose Valley House terletak di Çavuşin, di pertengahan kawasan Kapadokia. Hotel ini asalnya merupakan sebuah rumah batu tradisi unik kepada kawasan Kapadokia, yang dikenali sebagai “kemer” atau “arch stone-house”. Pengubahsuaian yang teliti telah dibuat untuk memastikan struktur unik rumah ini dikekalkan. Kerja-kerja pengubahsuaian telah diselesaikan pada awal tahun 2012.
 
Rose Valley House menawarkan 9 bilik “arch" yang selesa berserta bilik mandi (ensuite). Semua bilik di Rose Valley House dihias dengan rapi dan dilengkapkan dengan perlengkapan moden. Walaupun tiada alat penghawa dingin, bilik-bilik di Rose Valley House sentiasa sejuk dan nyaman walaupun semasa musim panas disebabkan ianya diperbuat daripada batu semulajadi. Tetapi tidak perlu khuatir, pada musim sejuk pula, sistem pemanasan pusat (central heating system) yang terdapat di setiap bilik kami akan memastikan anda sentiasa selesa.
 
Sarapan pagi disediakan dan adalah termasuk dalam harga penginapan. Nikmatilah sarapan pagi di teres atas bumbung kami sambil dikelilingi pemandangan indah Lembah Paşabağı (Paşabağı Valley). Sang burung merpati dari Lembah Mawar (Rose Valley) mungkin berkawan untuk menyambut dan mengucapkan selamat datang ke bumi Kapadokia yang indah kurniaan Tuhan!
 
Pada waktu senja, saksikan matahari terbenam sambil menghirup teh di atas teres ataupun di dalam keselesaan bilik penginapan sendiri - anda tidak perlu ke tempat lain atau menyertai lawatan untuk menyaksikan keindahannya.
 
 
Rose Valley House
Utama
Bilik Penginapan
Penempahan Bilik
Perkhidmatan & Aktiviti
Buku Tetamu
Galeri Foto
Arah Ke Sini
Hubungi Kami
Rose Valley House
Rose Valley House
V. Mehmet Yilmaz Cad. Hürriyet Meydanı No:24 Cavusin Cappadocia
Tel: +90 384 5327218
Fax: +90 384 5327219
info@rosevalleyhouse.com
Arah Ke Sini
Rose Valley House © 2018